Didi & Friends Playtown

Didi & Friends Playtown

Educational | Astro Malaysia Holdings Berhad

5억명 이상의 게이머가 신뢰하는 안드로이드 게임 플랫폼 BlueStacks으로 PC에서 플레이하세요.

페이지 수정 날짜: 2016년 11월 21일

Play Didi & Friends Playtown on PC

************ Jom bermain dan belajar bersama Didi & Friends! ************

Didi & Friends Playtown adalah gabungan 12 permainan berdasarkan lagu kanak-kanak Didi yang sangat popular. Setiap lagu mempunyai konsep permainan yang menarik dan penyampaian yang berbeza.

1. ABC
Belajar cara melengkapkan abjad dengan Drag & Drop bertemakan makanan kegemaran adik-adik! Terdapat 5 peringkat iaitu A-E, F-J, K-O, P-T, U-Z.

2. Papaku Pulang Dari Kota
Wah! Adik-adik boleh mengawal kereta kecil warna merah dan menjalankan misi ke rumah nenek. Kumpulkan sebanyak bintang yang boleh sepanjang perjalanan untuk dapatkan ganjaran istimewa iaitu galeri watak rakan-rakan Didi yang menarik. Jom kumpulkan kesemuanya!

3. Rama-Rama
Konsep permainan adalah mengenal objek berdasarkan petunjuk yang diberikan. Pipah si rama-rama dengan misinya mencari Bingo, Tatak, Pak Atan, Jojo, Nana, dan Didi di dalam satu peta kawasan. Terdapat 6 lokasi carian yang perlu diterokai. Jom jalankan misi carian ini bersama Pipah!

4. Lompat Si Katak Lompat
Kawal Tatak dan lompat lebih tinggi hingga ke angkasa! Kumpulkan koin sebanyak yang mungkin dan dapatkan kesemua kostum Tatak yang menarik dan wow!

5. Bingo
Mari bermain bersama Bingo. Terdapat beberapa interaksi bersama Bingo iaitu bermain, memberi makan, dan bercakap bersama Bingo. Kumpulkan juga koin dan dapatkan bermacam aksesori menarik dan comel untuk Bingo!

6. Bunyi Haiwan
Jom belajar mengenal bentuk haiwan dan bunyinya. Konsep permainan adalah perlu Drag & Drop gambar haiwan pada petunjuk yang betul.

7. Bintang-Bintang
Cantumkan bintang-bintang mengikut susunan nombordan hasilkan objek dengan latar belakang yang berbeza dan menarik. Terdapat 20 objek kesemuanya, jom cantum!

8. Air Pasang Dalam
Permainan kad memori watak rakan-rakan Didi. Padankan kad watak yang sama dengan masa yang diberikan. Terdapat 4 peringkat permainan kesemuanya.

9. Rasa Sayang
Mari mewarna bersama Didi! Padankan warna yang betul pada kanvas watak Didi & Friends dengan pilihan warna yang diberikan. Terdapat 6 watak kesemuanya untuk diwarna.

10. Kalau Rasa Gembira
Mari menari bersama Didi, Jojo, dan Nana! Konsep permainan adalah mempelajari langkah-langkah menari mengikut verse dalam lagu. Terdapat 5 langkah iaitu Tepuk Tangan, Kenyit Mata, Pusing-Pusing, Hentak Kaki, dan Hora Horey. Anda juga boleh melihat aksi mereka menari!

11. 12 Bulan
Pelajari 12 bulan bermula Januari hingga Disember dengan cara menulis nombor bulan tersebut. Terdapat poskad menarik mengikut tema bulan apabila berjaya menulis nombor dengan betul.

12. Tayar Bas
Jom jalan-jalan bersama Pak Atan dan basnya di kota London! Konsep permainan adalah mengawal bas dan menyelesaikan beberapa petunjuk dalam permainan. Terokai dan berinteraksi di setiap lokasi kawasan yang menarik!

PC에서 Didi & Friends Playtown 플레이해보세요.

  • BlueStacks 다운로드하고 설치

  • Google Play 스토어에 로그인 하기(나중에 진행가능)

  • 오른쪽 상단 코너에 Didi & Friends Playtown 검색

  • 검색 결과 중 Didi & Friends Playtown 선택하여 설치

  • 구글 로그인 진행(만약 2단계를 지나갔을 경우) 후 Didi & Friends Playtown 설치

  • 메인 홈화면에서 Didi & Friends Playtown 선택하여 실행

비디오