Standoff 2 adalah permainan aksi yang dibangunkan oleh AXLEBOLT LTD. BlueStacks adalah platform terbaik untuk memainkan permainan Android ini di PC atau Mac anda untuk merasai pengalaman permainan yang lebih mengasyikkan.
Anda pernah bermain permainan menembak yang menawarkan banyak mod dan cabaran? Apa kata anda cuba main permainan Android serba baru Standoff 2 di Android dan iOS – anda pasti terhibur memainkannya! Permainan online legenda Standoff kini tampil dengan wajah baru dan cabaran yang dipertingkatkan.
Anda dapat merasai apa rasanya memburu, bertempur dan menembak dari sudut pandangan orang pertama. Ianya cukup dinamik dan mendebarkan! Ada lebih 6 peta serba luas untuk anda jelajahi bagi mencari sasaran anda. Dalam permainan aksi yang hebat ini, anda pasti rambang mata untuk memilih senjata yang paling sesuai untuk anda.
Peralatan perisai dan senjata seperti pistol dan senapang hadir dalam pelbagai bentuk, warna, tekstur dan kredibiliti yang unik. Semuanya boleh diakses dan dipilih – ikut sahaja citarasa anda. Selepas selesai melengkapkan senjata yang terbaik untuk diri anda, masuk ke salah satu daripada 3 mod permainan yang ada.
Antara mod yang boleh anda cuba ialah Pertandingan Kalah Mati atau Deathmatch, Matikan Bom dan Perlumbaan Senjata. Bermain bersama rakan anda dan gunakan ciri mesej untuk saling bertukar strategi dan bekerjasama ketika membuat serangan.
Selain itu, anda juga boleh memuat pertukaran perdagangan dengan rakan virtual anda dalam permainan mobile Standoff 2 ini. Dan juga, jangan lupa untuk menggunakan ciri penyesuaian crosshair dan HUD untuk membuat sasaran yang lebih tepat!