Among Us menjadi satu hasil tangan oleh syarikat pembangun permainan aplikasi Innersloth LLC yang mula mendapat tempat di hati ramai peminat permainan aplikasi. Dengan mengggunakan WiFi rumah anda atau WiFi di kawasan setempat, anda boleh bermain bersama pemain lain di antara 5 sehingga 10 pemain.
Siap-sediakan kapal roket angkasa anda dan lengkapkannya supaya ia bersedia untuk berlepas. Tetapi, pastikan anda berhati-hati kerana mungkin terdapat penyamar atau pembelot yang akan membuat kucar-kacir dan membunuh anak kapal anda yang lain.
Yang menariknya tentang permainan yang tersedia untuk platform Android ini adalah anda masih mempunyai beberapa tugasan kecil yang menyeronokkan untuk diselesaikan. Jangan lalai dan terleka ketika membuat tugasan ini kerana si penyamar mungkin ada di sekeliling anda. Dia bersedia untuk menyerang anda dan membuat kacau ketika anda terleka!
Berusahalah untuk mengenalpasti penyamar dan anda boleh mengundi bersama kru kapal yang lain untuk mengeluarkannya dari kapal roket anda. Yang pasti, lindungi diri anda dari sebarang sabotaj yang mungkin akan dimulai oleh si penyamar dalam usahanya untuk memusnahkan dan membunuh kru anda!
Anda juga boleh bermain Among Us di pelayar web anda di PC atau telefon pintar anda tanpa memuat turun. Klik dan main dengan segera!