Vanguard ZERO menjadi salah satu permainan kad yang anda berasa seronok memainkannya. Ia merupakan debut versi peranti mudah alih kepada permainan asa TCG bersiri “Cardfight!! Vanguard”. Kini, penceritaan dan cara main telah dioptimumkan supaya bersesuaian untuk peranti pintar anda.
Apabila anda main Vanguard ZERO di PC dengan BlueStacks, anda boleh memilih sama ada untuk bermain secara solo atau memilih mod PVP di mana anda boleh berlawan atau berkawan dengan pemain lain. Kalau anda mahu menikmati jalan cerita permainan ini, ikuti mod cerita yang diterbit semula dari siri animasi asalnya. Anda turut boleh melihat beberapa babak daripada cerita animasi asal. Ianya pasti menggamit memori.
Selain bermain kad, anda juga turut boleh mencari rakan baru di ruangan My Room anda sendiri. Anda boleh mencipta bilik mainan anda dan melepak bersama karakter kegemaran anda seperti Aichi Sendou. Anda boleh memilih untuk melawat orang lain atau menerima lawatan secara rawak.
Mencuba permainan kad secara bersendirian atau berkumpulan, semua ini boleh anda rasai apabila anda main Vanguard ZERO! Ada banyak fasa permainan untuk anda cuba. Bermula dari permainan kad yang mudah kepada yang lebih rumit dan mencabar. Setiap tahap mempunyai kempen cerita yang tersendiri. Jangan lupa untuk ikuti setiap satu darinya.