FortressM perlu ada di koleksi simpanan permainan aplikasi Android kegemaran anda kerana ianya berwarna-warni, menarik, mencabar dan mudah dimainkan. Ia merupakan satu permainan bergenre kasual yang hanya memerlukan anda klik, sasar dan melempaskan tembakan. Gaya permainannya cukup klasik dan mudah untuk dikuasai – kurang daripada 3 minit sahaja! Walaupun ia menampilkan cara permainan yang lama, namun FortessM disertakan dengan mod permainan PvP yang ramai. Ini bermaksud anda tidak perlu bermain seorang diri dan berlawan dengan komputer sahaja. Ada pelbagai mod untuk anda cuba. 4v4 atau 2v2, ia pasti cukup mencabar kerana anda perlu menyasarkan karakter meriam anda ke arah pemain lain yang turut bermain bersama-sama anda. Pilih salah satu daripada 70 karakter menarik dan comel. Setiap satunya menyediakan 4 gabungan kemahiran untuk anda gunakan. Ketika anda main FortressM di PC dengan BlueStacks, anda boleh mengutip mata ganjaran dan pelbagai item ganjaran menarik. Dapatkan mata ketika anda bertarung di Arena untuk menyahkunci kotak premium dan naik taraf karakter anda. Permainan ini memang cukup menyeronokkan dan anda takkan berasa bosan memainkannya. Ingat, anda hanya perlu klik, sasar dan tembak!