English Puzzle World adalah permainan teka-teki yang dibangunkan oleh Boltrend Games. Pemain aplikasi BlueStacks adalah platform terbaik untuk memainkan permainan Android ini di PC atau Mac anda untuk merasai pengalaman permainan yang lebih sempurna.
Permainan Android teka-teki yang menyeronokkan ini akan membuatkan anda masuk ke dunia kombat penuh aksi berlawan dengan pelbagai raksasa yang mengerikan. Kalahkan makhluk ini dengan menyelesaikan pelbagai cabaran teka-teki. Inilah masanya untuk menguji kecerdasan minda anda dalam teka-teki yang semakin meningkat tahap kesukarannya.
Himpunkan skuad pejuang comel yang akan berjuang demi anda. Padankan mereka dan temui sinergi hebat dan kebolehan baru untuk menjadikan pasukan anda lebih berkuasa. Naik taraf hero anda untuk mengeluarkan potensi penuh mereka untuk menumpaskan raksasa!
Selamat datang ke Dunia Zero, negeri ajaib maya yang telah dikuasai oleh tentera serangga dan raksasa yang kelihatan pelik! Bentuk satu pasukan dari tujuh hero terbaik dan bawa penyerang mahir ini masuk ke dalam medan pertempuran.
Tetapi pertempuran ini bukan mengenai kehebatan dan kekuatan – hanya mereka yang mempunyai akal fikiran yang tajam dan jari pemicu yang cepat yang dapat menyelesaikan semua teka-teki yang sangat sukar ini!