Jigsaw Puzzles – Block Puzzle (Tow in one) adalah permainan teka-teki yang dibangunkan oleh Jigsaw Puzzles Berlin. Pemain aplikasi BlueStacks adalah platform terbaik untuk memainkan aplikasi permainan Android ini di PC atau Mac anda untuk merasai pengalaman Android yang lebih sempurna.
Muat turun Jigsaw Puzzles – Block Puzzle (Tow in one) di PC dengan BlueStacks dan nikmati evolusi seterusnya dalam permainan teka-teki blok di Android. Jika anda seorang peminat permainan teka-teki, Jigsaw Puzzles – Block Puzzles menawarkan gaya permainan yang anda cari. Nikmati gabungan dua permainan hebat yang akan mengujakan sesiapa sahaja yang menikmati cabaran teka-teki jigsaw atau blok yang bagus.
Sekiranya anda peminat permainan klasik Tetris, anda pasti terhibur memainkan permainan mudah alih ini. Dapatkan markah setiap kali anda berjaya menggabungkan barisan blok. Selain itu, susun gambar dan dapatkan galeri gambar yang cantik apabila anda melengkapkan setiap cabaran permainan.
Lengkapkan teka-teki jigsaw dengan menyatukan kepingan gambar bersama-sama. Anda perlu menyelesaikan cabaran teka-teki blok yang menyeronokkan untuk mendapatkan kepingan jigsaw. Susun semula pelbagai bentuk agar ia sesuai dengan papan anda. Setelah anda menyusun kesemuanya, anda akan mendapat kepingan teka-teki yang lebih menarik yang boleh anda gunakan untuk menyelesaikan keseluruhan gambar!
Kawalan yang ringkas dan intuitif menjadikan permainan Android ini sesuai untuk anda apabila anda ingin santai dan berehat. Hanya klik dan leret untuk menyusun blok atau kepingan jigsaw. Senang sahaja! Muat turun Jigsaw Puzzles – Block Puzzle (Tow in one) di PC dengan BlueStacks dan nikmati gabungan inovatif penyambungan blok yang diinspirasikan oleh Tetris ini!