LINE: Doraemon Park oleh LINE Corporation membawakan kepada anda pengembaraan kartun yang menjadi kegemaran ramai, iaitu Doraemon si robot biru yang comel ke platform Android dan iOS. Pertama kali diterbitkan pada 27 Ogos 2019, LINE: Doraemon Park merupakan satu permainan puzzle, atau teka-teki yang menampilkan Nobita, Sizuka, Giant dan juga Doraemon!
Padankan blok dan dapatkan skor tertinggi di dalam permainan puzzle yang cantik ini di mana jalan ceritanya adalah berdasarkan kisah siri TV anime popular yang telah memberi inspirasi kepada ramai anak-anak kecil.
Terokai dunia yang cantik dan berwarna-warni sama seperti dalam rancangan TV ketika anda menyertai Doraemon dan rakan-rakannya di dalam pengembaraan membina blok di pelbagai taman tema. Lengkapkan setiap peringkat dan bina struktur yang akan membantu anda menyiapkan taman tema tersebut dengan sempurna.
Gajet Doraemon terdapat di merata tempat dan setiap celahan dan ceruk tersembunyi di dalam taman tema tersebut. Anda perlu mencari gajet ini untuk menyahkunci pelbagai buku komik menarik yang mengisahkan pelbagai gajet hebat dari Doraemon.
Jangan risau – anda tidak akan berkeseorangan! Nobita, Sizuka, Giant dan Sinyu ada untuk membantu anda. Suaikan karakter dengan kostum menarik dan dapatkan bonus terhebat yang akan membantu anda dalam menyelesaikan setiap peringkat puzzle.