The Matching Dead ialah permainan teka-teki yang dibangunkan oleh 37GAMES. Pemain aplikasi BlueStacks merupakan platform terbaik untuk memainkan permainan Android ini di PC atau Mac anda bagi pengalaman permainan yang lebih menghiburkan.
Mari muat turun The Matching Dead di PC dan main dengan BlueStacks untuk merasai sendiri debaran hidup di zaman apokaliptik zombi. Anda perlu bertahan dan bersatu dengan para pemain lain untuk menghapuskan serangan zombi yang datang bertalu-talu. Ini merupakan aplikasi permainan mudah alih yang memerlukan anda memadankan 3 puzzle untuk menghasilkan kombo serangan terhebat. Adakah anda berkemahiran dalam memadankan item puzzle? Jika ya, permainan mobile Android ini sesuai untuk anda.
Ada banyak aktiviti mengujakan lain yang boleh anda cuba dalam permainan The Matching Dead. Bina kubu perlindungan anda dan kumpul sumber sebanyak mungkin. Namun, anda masih perlu berhati-hati. Bina sekutu dan pakatan dengan para gamer lain. Berwaspada dengan serangan pemain lain yang mungkin menyerang dan ingin merampas sumber anda.
Selain itu, pilih watak hero kegemaran anda. Anda boleh meningkatkan kuasa mereka, atau level-up, untuk menguatkan lagi kemahirannya. Bentuk pasukan skuad hero anda dan hantar mereka untuk menerokai kawasan sekitar. Ia satu aktiviti berisiko tetapi berbaloi kerana ada banyak sumber berharga untuk anda perolehi. Jom muat turun The Matching Dead di PC dan main hari ini di skrin besar PC anda dengan BlueStacks.