StoneAge World adalah satu permainan bergenre lakon peranan yang cukup comel! Ia mengisahkan dunia Tectonika yang serba luas dengan teknologi MMORPG. StoneAge World dikeluarkan untuk platform Android dan telah dibangunkan oleh NetMarble. Di dalam dunia dinasour kuno ini, anda boleh mengumpul haiwan peliharaan prasejarah anda sendiri. Selain mengumpul haiwan hidup di padang luas, anda juga boleh menternak telur dan menjaganya sehingga ia menetas.
Nak lagi menarik, anda boleh memakaikan karakter anda dengan pakaian fesyen kuno yang cantik dan comel. Anda akan terasa seperti benar-benar tinggal di zaman prasejarah yang cukup epik! Apabila anda main StoneAge World di PC dan Mac dengan BlueStacks, anda akan dapat menikmati sistem kombat yang terkini.
Taktik berlawan akan bertukar-tukar seiring dengan kemahiran karakter anda. Latih haiwan peliharaan anda dengan cara yang unik sehingga ia menjadi benar-benar berkuasa. Kumpul juga perisai dan senjata untuk anda gunakannya secara strategik semasa bertempur dengan musuh. Selain itu, anda juga boleh membuat aktiviti santai lain.
Contohnya seperti menaiki Bas Mammo, membuat penghantaran telur dan sebagainya. Anda juga boleh bersosial dengan rakan lain di dalam Serbuan 5-Pemain dan 100 Cabaran Dojo. Selepas anda penat berlawan dengan musuh anda, anda bolehlah berehat dan menikmati barbeku dengan rakan anda. Menarik bukan? Dapatkan permainan ini dari Google Play Store dan main di PC/komputer untuk pengalaman permainan yang lebih baik!