Ellrland Tales: Deck Heroes ialah permainan kad yang dibangunkan oleh Longcheer Game. Pemain aplikasi BlueStacks merupakan platform terbaik untuk memainkan permainan Android ini di PC atau Mac anda bagi merasai pengalaman permainan yang lebih sempurna.
Sekiranya anda penggemar permainan aplikasi yang bergenrekan kad dan strategi serta CCG dan DBG, anda pasti menggemari Ellrland Tales: Deck Heroes. Permainan mudah alih Android ini mengisahkan cerita seorang lelaki bernama Elon yang tinggal di suatu tempat bernama Ellrland bersama isteri dan anak perempuannya. Namun, suatu hari, anak perempuannya telah dibawa lari oleh syaitan jahat dan Elon perlu keluar merentasi hutan tebal untuk menyelamatkan anaknya.
Apa yang menarik tentang mobile game Android ini adalah anda perlu menggunakan koleksi kad berkuasa untuk mara dalam kembara anda di hutan tebal. Anda boleh mendapatkan kuasa baru dengan pilihan kad yang ada di dalam tangan anda. Pilih antara 2 profesion dan ada lebih 170 kad untuk anda kumpulkan di dek kad anda.
Dalam pengembaraan anda yang mencabar ini, anda akan bertemu dengan raksasa jahat atau haiwan buas seperti serigala, jadi kuasa anda adalah sangat penting untuk anda melindungi diri. Tiada satu cabaran yang sama. Dengan hampir 50 acara misteri dan unik, anda akan terhibur memainkannya.
Bawa sekali haiwan peliharaan anda bersama-sama, mana tahu? Ia mungkin dapat membantu anda mengalahkan pihak musuh yang jahat dan ingin memusnahkan anda. Jom main Ellrland Tales: Deck Heroes apabila ia tersedia untuk dimuat turun di Android!
Anda juga boleh bermain Ellrland Tales: Deck Heroes di pelayar web anda di PC atau telefon pintar anda tanpa memuat turun. Klik dan main dengan segera!