Arena Mech ialah permainan menembak berkumpulan ramai pemain yang dibangunkan oleh Plarium Global Ltd dan telah diterbitkan buat kali pertama pada Ogos 2019 untuk Android dan iOS.
Bersedia untuk pertempuran epik di mana pemain akan masuk ke dalam mesin perang dan menyertai pertempuran pasukan yang sengit. Rasai kombat robot yang pantas, tidak seperti sebelum ini, dengan grafik 3D dan nilai estetik yang memukau.
Berperang di arena terhebat yang direka untuk menyediakan aksi menembak yang laju dan mencabar. Masuk ke mod permainan pasukan ramai pemain 5v5, di mana jari pemicu yang pantas dan taktikal pasukan yang kreatif akan memenangi perlawanan.
Kagumi visual 3D yang terang dan hebat ketika mesin mech yang besar ini menghempas satu sama lain dengan kesan visual yang memukau. Pilih satu daripada pelbagai senjata terhebat dan robot gergasi yang boleh anda campur dan padan tanpa henti untuk mencipta satu mesin terhebat bagi sebarang situasi.
Apakah gaya permainan anda? Sama ada anda sejenis yang suka menyerang hendap dari jauh atau gemar bersemuka dengan meriam auto, akan sentiasa ada kombinasi senjata dan robot untuk anda.
Tumpaskan pihak lawan dan naiki tangga ranking global untuk mendapatkan gelaran Raja Kombat Mech. Mari sertai Perlawanan bertaraf dunia yang sengit di mana yang terhebat akan merangkul semua kemenangan.