Eternal Ember ialah permainan lakon peranan RPG yang dibangunkan oleh Zencat Gaming. Pemain aplikasi BlueStacks merupakan platform terbaik untuk memainkan permainan Android ini di PC atau Mac anda bagi mendapatkan pengalaman permainan yang lebih baik!
Main Eternal Ember di PC dan nikmati permainan kasual di skrin besar PC anda dengan visual grafik yang tajam dan cantik. Rancang strategi anda dalam mengumpulkan para hero, menerokai benua yang luas, berlawan dengan raksasa yang berbeza dan mendapatkan harta rampasan.
Dalam mobile game PC Eternal Ember, anda perlu merancang strategi idle pintar untuk skuad anda sebagai seorang komander. Pilih hero dari lapan kelas berbeza, reka senjata anda sendiri dan berlawan di dunia penjara bawah tanah yang penuh gelap dan misteri.
Dunia kini diselubungi kegelapan dan raksasa sedang menyerang tanpa henti. Anda adalah satu kuasa cahaya menentang kegelapan raksasa. Semakin garang musuh raksasa, semakin pintar strategi anda. Mara dengan penuh berani dan takutkan goblin serta makhluk kerangka. Jangan lupa untuk merampas harta ganjaran yang lumayan!
Ada lebih 8 kelas hero yang tersedia untuk anda pilih – Renjer, Tentera, Pemburu, Paderi, Berserker, Satria Nekro, Paman dan Ahli Sihir. Anda boleh memilih empat hero pada satu-satu masa untuk pengembaraan anda. Semua hero ini adalah percuma untuk anda pilih.
Rancang strategi idle terbaik untuk skuad hero anda dengan mempertimbangkan susunan kelas dan posisi empat hero pilihan anda. Kemudian, anda hanya perlu relaks dan melihat bagaimana hero anda berlawan dalam mod pertempuran automatik yang mengujakan!
Sekiranya anda gemar untuk bermain mod grinding, ada banyak harta rampasan dan lebih 100 senjata dan peralatan untuk anda pilih. Ambil kesempatan dari sistem enchantment yang akan menukar sebarang peralatan secara automatik.
Muat turun Eternal Ember di PC dan terokai dunia benua yang serba luas. Raksasa dan cabaran sedang menanti anda – jangan terlepas untuk memainkan game aplikasi Android ini!