Vikingard: Sea of Adventure adalah permainan strategy yang dibangunkan oleh Exptional Global. BlueStacks adalah platform terbaik untuk memainkan permainan Android ini di PC atau Mac anda untuk merasai pengalaman permainan yang lebih sempurna. Musim sejuk melampau kini telah tiba dan anda sebagai seorang Viking perlu bersiap-sedia untuk menghadapi musim yang sukar dan panjang ini.
Jom main Vikingard: Sea of Adventure iaitu sebuah permainan simulasi RPG yang kasual di peranti iOS dan Android apabila ianya tersedia untuk dimuat turun tidak lama lagi. Ada 6 karakter berbeza untuk anda pilih seperti Hildr, Brandr, Alfrun, Kusi, Skuli dan juga Hermund. Dalam permainan mobile game ini, anda akan hidup sebagai watak orang Viking di Scandinavia.
Anda boleh bercucuk tanam untuk mendapatkan sumber makanan, pergi memburu, menerokai tanah baru dan juga berlawan dengan pihak musuh yang menyerang. Rasai sendiri pengalaman menjadi seorang bangsa pengembara yang cekal dan kuat, hidup di dalam musim sejuk yang penuh salji dan sangat sejuk. Ada banyak tugasan kecil dan besar yang menanti anda dalam aplikasi permainan RPG ini sehinggakan anda tidak akan berasa bosan memainkannya. Untuk bermain secara santai, anda juga boleh membina perhubungan dengan wanita Viking pilihan anda, menganjurkan majlis perkahwinan dan juga membesarkan anak-anak anda.
Semua ini boleh anda lakukan di samping meneruskan usaha penjelajahan seperti seorang Viking sejati, mengembara ke peta besar dalam permainan mobile Vikingard: Sea of Adventure. Menjelajah ke benua Eropah dan berlawan dengan pihak lawan yang mungkin berada di Britain dan juga Perancis. Buat pakatan yang utuh dan bekerjasama untuk meluaskan empayar Viking anda. Jom main mobile game ini apabila ia sudah boleh dimuat turun di Android nanti – anda pasti terhibur memainkannya!
Anda juga boleh bermain Vikingard: Sea of Adventure di pelayar web anda di PC atau telefon pintar anda tanpa memuat turun. Klik dan main dengan segera!