Berinspirasikan daripada cerita bersiri asal Anime, Tales, permainan aplikasi mudah alih terbaru, TALES OF CRESTORIA, kini boleh dimainkan di platform Android. Ia dibangunkan oleh syarikat terkenal, Bandai Namco, dengan jalan cerita asal berserta taktikal permainan yang lebih terkini.
Dalam permainan Android ini, anda boleh memilih salah satu daripada karakter terkenal. Sertai Kanata dan rakannya yang lain seperti Misella, Vicious, Cress dan Velvet dalam pengembaraan mencabar di dalam dunia Crestoria. Saga RPG anime Tales ini membolehkan anda mengalahkan musuh dan raksasa dengan aksi pertempuran RPG yang menarik.
Ketika anda main TALES OF CRESTORIA di PC dengan BlueStacks, anda boleh membina sekutu dengan karakter legenda dari siri Tales dan membentuk satu pasukan yang terkuat untuk mengalahkan pihak lawan. Siri ini menggunakan suara latar dari barisan bintang asal Tales bagi memberikan rasa sejati siri anime ini.
Pertempuran RPG dalam permainan mudah alih Android ini menyediakan aksi kombo serangan Seni Mistik yang jitu. Dengannya, anda boleh menguatkan dan menaik taraf kemahiran karakter anda setiap kali anda bertempur dengan raksasa atau pihak musuh.
Anda juga boleh menyahkunci episod karakter yang baru ketika bertempur bagi mengetahui secara lebih mendalam cerita di sebalik setiap karakter tersebut. Mainkan juga Misi Cerita Sampingan sebagai permainan mini dengan memainkan watak karakter dari siri Tales yang lalu.
Dengan setiap lakaran anime yang penuh butiran dan jelas, anda pasti akan terpesona dengan visual 3D anime yang ada dalam dunia fantasi Crestoria yang penuh dengan warna-warni. Mari muat turun permainan ini di BlueStacks dan pertempuran anime menarik sedang menanti anda.